Thursday, February 23, 2006

Sehari di Pantai Balok

PANTAI BALOK DALAM KENANGAN!(Dedikasi istimewa untuk yang terlibat!)

Assalamualaikum w.b.t!

22/7/2001 - Terciptalah satu kenangan manis yang tak mungkin akan aku lupakan sampai bila-bila. Bersantai bersama kaum keluarga dan rakan-rakan sekerja merupakan detik-detik indah dan paling berharga dalam hidup. Terima kasih buat Encik Abdul Azmi Abdul Aziz selaku Pengurus Bahagian Kemasukan dan Rekod YPM (2001) kerana sudi menganjurkan Hari Keluarga buat kakitangannya. Keprihatinan beliau terhadap kebajikan staf amatlah dipuji. Tujuan Hari Keluarga ini diadakan adalah sebagai penghargaan buat kakitangan Kemasukan dan Rekod khususnya, dan unit-unit lain amnya setelah penat bertungkus lumus menjayakan pendaftaran pelajar pada sesi Mei 2001. Sekurang-kurangnya dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama staf dan menjadi daya semangat untuk terus berkerja keras. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, mudah-mudahan di masa-masa akan datang kita dapat mengulangi detik-detik manis ini lagi. Walaupun kenangan itu telah lama berlalu dan ada antara kita tidak sebumbung lagi namun kenangan bersama tetap segar dalam ingatan.