Tuesday, February 12, 2013

Cheese Cake Ayslanur




I  Cheese Cake..

Oleh kerana terlalu suka mkn cheese cake, makanya Ayslanur tekad utk belajar dan buat sendiri. Mcm2 resepi yg Ayslanur jumpa di internet, tp at last, Ayslanur buat ikut suka hati je (sbb utama : bahan tak cukup).

Walaupun bahannya simple dan ikut suka hati, tapi rasanya...... perrgghhh!!! marvelous!! :)

Bahan-bahannya;

  • 20-22 keping biskut Marie (Blend kasi hancus!!)
  • Mentega (ambil separuh je dari 250g)

Mentega dicairkan dan digaulkan bersama2 dgn biskut Marie yg dah diblend. Bila dah padat, masukkan ke dalam loyang, tekan2 kasi mampat. Sejukkan dalam peti ais kejap.

  • 200g krim keju
  • 1/4 cawan air yogurt (pilihanku perisa Strawberry)
  • 4 sudu besar gula 
  • 4 sudu besar susu
  • 1/4 cawan air panas
  • 3 sudu besar gelatin halal
Pukul krim keju bersama2 dgn gula (Ayslanur blend je, alat memukul xde, nak pukul pakai tgn - malas!!). 
Masukkan air yogurt dan susu ke dalam krim keju. Gaulkan kasi ngam. Larutkan gelatin halal ke dalam air panas dan masukkan ke dalam krim keju tadi. Gaul lagi kasi ngam. Masukkan krim keju ke dalam loyang biskut Marie tadi dan sejukkan dalam peti ais selama lbh kurang 4-5 jam.

Cheese Cake Ayslanur siap!!

Dalam gambar, Ayslanur letak jem strawberry sikit nak bagi tambah rasa!!! Yummy.. memang best, sgt creamy!! Tp tak boleh makan selalu.. nanti dapat title 'G'.

Hehe!


Outlined Text Generator at TextSpace.net

Monday, February 11, 2013

Kuey Tiaw Kungfu Ayslanur

Ok.. Hari nie Ayslanur nak cerita pasal Kuey Tiaw Kungfu!!
My favourite... Oleh kerana dh jd fav, Ayslanur belajar masak sendiri. 
Well, nie la rupanya Kuey Tiaw Kungfu Ayslanur!! :)


Bahan2nya mudah sahaja. 

  • Mula2, kacau telur bersama sdkt garam (mcm buat telur dadar tu), bubuh dlm semangkuk kecil kuey tiaw (kasi kering ye) ke dalam telur dan gaulkan sehingga sebati.
  • Gorengkan sehingga garing.
  • Note : Kalau guna telur jenis kecik, boleh le pecahkan 2 biji telur atau agak2 la.. tengok le telur ngn kuey tiaw tu boleh 'ngam' atau tidak.. 


Ok, utk buat kuahnya pula ;

  • Tumiskan bawang putih dan cili padi (Kalau utk sepinggan, agak2 suka la nak masuk brp bnyk!!)
  • Masukkan sedikit air (jgn masuk bnyk sgt, kalau berkuah sangat pun tak best)
  • Masukkan potongan ayam, sedikit sos tiram, garam, sotong, udang, sayur-sayuran (cadangan carrot, jagung, kubis bunga dan sayur kailan), sedikit perahan lemon/limau nipis/oren sunquick (nk bg masam sikit je) and last sekali bubuh le sikit tepung jagung nak bagi kuah tu pekat..
Sekian, selamat mencuba!! :)


Outlined Text Generator at TextSpace.net

Hello, my blog!!

Salam 1 Malaysia!

Wow! Lama betol rasanya x update blog nie.. 
Sebenarnya ada 2 sebab, kenapa Ayslanur dah jarang update blog nie.

Sebab pertama ;
Broadband ni semakin lama semakin slow. Kelajuannya dah setaraf dgn kelajuan siput atau kura-kura. Jadi Ayslanur rasa nama broadband nie lebih wajar ditukar kpd Siputband atau Kura-kuraband!!!!

Sebab kedua ; 

Asal Ayslanur online je, mesti takde benda lain nak layan melainkan game fav Ayslanur iaitu Bubble Witch Saga. Dah addicted...

So, camne tu?????


Outlined Text Generator at TextSpace.net