Thursday, July 30, 2009

H1N1

Info tentang H1N1 untuk dikongsi bersama. Dipetik dr laman web http://virtualfriends.net/
APA ITU SELSEMA KHINZIR?
Selsema khinzir adalah penyakit pernafasan khinzir yang disebabkan oleh virus Influenza jenis ‘A’. Kebiasaannya virus selsema ini tidak menjangkiti manusia.Walaubagaimanapun jangkitan pada manusia boleh berlaku, dan kes-kes jangkitan dari manusia kepada manusia pernah dikesan pada masa lampau. Akan tetapi jangkitan tersebut adalah terhad dan tidak menjangkiti lebih dari tiga orang. Pada bulan March 2009,terdapat laporan mengenai peningkatan kes-kesjangkitan yang baru, virus ‘strain’ Influenza A (H1N1) pada manusia di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Kejadian jangkitan virus ini merebak dari haiwan kepada manusia dan dari manusia kepada manusia.Keadaan ini amat membimbangkan Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa, tambahandengan adanya potensi untuk penyakit ini menjadi wabak keseluruh dunia.Kejadian penyebaran virus yang merebak dari manusia kepada manusia masih lagi menjadi tanda tanya.
BERAPAKAH JENIS VIRUS SELSEMA KHINZIR?
Terdapat 4 virus Influenza jenis ‘A’ yang utama, yang di kenal pasti di dalam badan khinzir.Virus-virus tersebut adalah H1N1, H1N2, H3N1, H3N2.Bagaimanapun kebanyakan kejadian jangkitan penyakit influenza virus terbaru dari khinzir adalah dari jenis H1N1.
ADAKAH VIRUS SELSEMA KHINZIR INI BERJANGKIT?
Ia telah terbukti bahawa virus Influenza A (H1N1) ialah penyakit yang boleh merebak dan ia telah merebak dari manusia kepada manusia.Buat masa kini masih tidak diketahui bagaimana mudah nya virus ini merebak dikalangan manusia.
APAKAH TANDA-TANDA SELSEMA KHINZIR?
Tanda-tanda selsema khinzir pada manusia umumnya sama seperti selsema biasa termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit sendi, sakit kepala, kesejukan and keletihan.Ada juga laporan adanya tanda-tanda cirit- birit and muntah-muntah dikaitkan dengan selsema khinzir.Pada masa yang lalu penyakit yang tenat/ teruk (contohnya jangkitan paru-paru dan kegagalan penafasan) serta kematian telah dilaporkan berkaitan dengan penyakit selsema khinzir di kalanganmanusia. Seperti jangkitan selsema bermusim, selsema khinzir boleh memburukan lagi keadaan penyakit kronik.
BAGAIMANA SELSEMA KHINZIR MEREBAK
Cara virus Influenza A (H1N1) merebak adalah sepertimana merebaknya wabak selsema bermusim.Virus selsema berjangkit dari seseorang kepada seseorang yang lain adalah melalui batuk atau bersin dari orang yang dijangkiti. Adakalanya seseorang boleh dijangkiti melalui sentuhan kepada sesuatu benda yang mempunyai virus selsema, dan kemudiannya menyentuh mulut atau hidung mereka.
BAGAIMANA SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS SELSEMA KHINZIR BOLEH MENYEBARKAN KEPADA ORANG LAIN?
Orang yang dijangkiti virus berkebolehan untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain seawal dari hari pertama sebelum tanda-tanda penyakit bermula, sehinggalah hari ke 7 ataupun lebih setelah pulih.Ini bermakna seseorang masih boleh menyebarkan penyakit tersebut kepada orang lain samaada sebelum mengetahui dijangkiti ataupun selepas pulih dari penyakit tersebut.
APA PATUT DILAKUKAN UNTUK MENGHINDARI DARI DIJANGKITI SELSEMA?
Pertama dan yang paling penting adalah basuh tangan anda malkan cara hidup yang sihat.Dapatkan tidur yangsecukup nya aktif, kendalikan stres secara berhemat, meminum air yang banyak dan mencukupi, dan makam makanan yang berkhasiat. Cuba tidak menyentuhi permukaan–permukaan yang mungkin dicemari oleh virus selsema.Elakkan dari berhubung rapat dengan orang-orang yang sakit.
ADAKAH TERDAPAT UBAT-UBATAN UNTUK MERAWAT SELSEMA KHINZIR?
Ya.Ubat yang disyorkan adalah oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau menghalang dari mendapat jangkitan virus selsema khinzir ini.Ubat anti-viral ini boleh didapati di dalam bentuk pil, cecair atau “inhaler”, boleh melawan jangkitan selsema dengan menghalang virus daripada membiak di dalam badan.Jika anda telah pun dijangkiti virus tersebut, ubat anti-viral ini boleh mengurangkan simtom-simtom yang anda hadapi dan membolehkan diri anda pulih dengan lebih cepat.Ia juga boleh menghalang daripada mendapat komplikasi selsema yang lebih teruk.Untuk perawatan, ubatan anti-viral ini lebih berkesan jika diambil pada peringkat awal ataupun dalam tempoh dua hari simptom bermula.
BERAPA LAMAKAH SESEORANG YANG DIJANGKITI VIRUS BOLEH MENYEBARKAN VIRUS SELSEMA KEPADA ORANG LAIN?
Seseorang yang dijangkiti virus selsema khinzir sepatutnya dianggap berkeupayaan untuk menyebarkan penyakit tersebut selagi mereka mempunyai tanda-tanda penyakit selsema sehinggalah 7 hari dari hari pertama penyakit bermula. Untuk golongan yang lebih muda terutama kanak-kanak, mereka berkeupayaan untuk menyebarkan virus bagi jangka masa yang lebih lama.
APAKAH PERMUKAAN-PERMUKAAN YANG BOLEH MENJADI PUNCA-PUNCA PENCEMARAN?
Virus boleh disebarkan apabila seseorang itu menyentuh sesuatu yang dicemari oleh virus, dan kemudiannya menyentuh mata, hidung atau mulut mereka.Titisan cecair dari batuk ataupun bersin dari seseorang yang dijangkiti oleh virus akan tersebar melalui udara.Virus ini boleh juga disebarkan apabila seseorang menyentuh titisan tersebut yang jatuh di permukaan seperti meja dan sebagainya, dan kemudiannya menyentuh mata, mulut dan hidung sendiri sebelum membasuh tangan.
BERAPA LAMAKAH VIRUS TERSEBUT BOLEH HIDUP DILUAR BADAN MANUSIA?
Adalah diketahui bahawa sesetengah virus dan bakteria boleh hidup dua jam atau lebih di atas permukaan seperti meja makan, tombol pintu, meja tulis and sebagainya.Oleh itu, basuhan tangan yang kerap boleh mengurangkan risiko daripada mendapat jangkitan dari sentuhan permukaan tersebut.
APA BOLEH SAYA BUAT UNTUK MELINDUNGI DIRI DARI DIJANGKITI ?
Buat masa sekarang, tidak ada vaksin yang sesuai untuk melindungi dari jangkitan selsema khinzir.Penjagaan rutin harian sepertimana diamalkan untuk mengelak penyebaran virus yang boleh menyebabkan penyakit pernafasan seperti influenza dapat membantu menghalang penularan virus selsema khinzir.Ambilah langkah-langkah berikut untuk menjaga kesihatan anda /div>·Tutup hidung dan mulut dengan tisu apabila batuk atau bersin ; ·Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah ·Basuh tangan anda sekerap yang mungkin dengan sabun dan air yang bersih terutama selepas anda batuk atau bersin.Cecair pencuci tangan berasaskan alkohol juga berkesan ·Elak dari menyentuh mata, hidung atau mulut. Virus boleh merebak melalui cara ini. ·Cuba elak dari berhubung rapat dengan orang yang sakit ·Jika anda didapati menghidapi influenza (selsema) adalah disyorkan anda berehat di rumah dan hadkan hubungandengan orang lain untuk mengelak penularan penyakit.
APAKAH CARA YANG TERBAIK UNTUK MENGELAKAN PENYEBARAN VIRUS
MELALUI BATUK ATAU BERSIN?
Jika anda tidak sihat, hadkan perhubungan anda dengan orang lain sebanyak yang mungkin.Jangan hadir ke tempat kerja atau sekolah jika anda sakit.Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk dan bersin.Ini boleh menghalang orang sekeliling anda daripada dijangkiti.Buangkan tisu tersebut selepas digunakan ke dalam tempat buang sampah.Tutup hidung dan mulut jika anda tidak mempunyai tisu.Kemudian cuci tangan anda dan jadikan amalan ini setiap kali anda batuk atau bersin.
APAKAH TEKNIK-TEKNIK BASUHAN TANGAN YANG TERBAIK
UNTUK MENGELAK DARI DIJANGKITI SELSEMA?
Basuh tangan anda sekerap yang mungkin untuk membantu melindungi dari kuman.Basuh dengan sabun dan air yang bersih atau cuci dengan cecair pembersih tangan berasaskan alkohol.Disyorkan anda membasuh tangan selama 15 hingga 20 saat dengan sabun dan air suam.Jika tidak terdapat air dan sabun, pengelap tangan pakai buang berasaskan alkohol atau gel pembersih boleh diguna pakai.Barangan tersebut boleh didapati dikebanyakan pasaraya dan farmasi.Jika anda mengunakan gel, sapukan pada tangan anda dan gosok sehingga gel itu kering. Gel tidak memerlukan air.Kandungan alkohol di dalam gel tersebut boleh membunuh kuman di tangan anda.
APA PATUT SAYA LAKUKAN APABILA SAYA SAKIT?
Jika anda didapati terdedah kepada kes-kes selsema khinzir dan didapati anda mengalami gejala atau pun tanda-tanda penyakit influenza termasuk demam, sakit badan, hidung berair, sakit tekak, loya atau muntah atau cirit birit,silahubungidoktor anda terutama apabila anda bimbang tentang simptom-simpton yang anda hidapi.Doktor anda akan menentukan samaada ujian-ujian atau rawatan untuk influenza di perlukan atau tidak. Jika anda sakit, anda dinasihatkan berehat di rumah dan elak dari berhubung dengan orang lain seboleh yang mungkin, untuk mengelakkan daripada penyebaran penyakit kepada orang lain. Jika anda sakit dan mengalami tanda-tanda amaran seperti berikut, sila dapatkan rawatan kecemasan. Bagi orang dewasa, tanda-tanda amaran kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah :
1.mengalami sesak nafas
2.Sakit atau sempit/tekanan pada dada dan perut
3.Pening yang mengejut
4.Keliru
5.Muntah yang teruk dan berterusan
Dikalangan kanak-kanak, antara tanda-tanda kecemasan yang memerlukan perhatian perubatan yang segera adalah /div>
1.Pernafasan yang sukar atau mencungap
2.Warna kulit kebiruan
3.Tidak minum air yang secukupnya
4.Letih atau tidak bertindak balas
5.Meradang dan tidak suka dipegang
6.Simptom seperti selsema berkurangan tetapi demam dan batuk bertambah teruk
7.Demam dengan ruam
BAGAIMANA SERIUSNYA JANGKITAN SELSEMA KHINZIR?
Seperti selsema bermusim, keterukan selsema khinzir dikalangan manusia adalah berbeza dari ringan ke peringkat yang paling serius. Sepertimana, baru-baru ini terdapat kes-kes kematian dari jangkitan selsema khinzir yang telah dilaporkan.
ADAKAH TERDAPAT VAKSIN UNTUK SELSEMA KHINZIR?
Hanya vaksin untuk khinzir bagi menghalang khinzir dari dijangkiti penyakit selsema boleh didapati.Buat masa sekarang, tidak terdapat vaksin untuk melindungi manusia dari dijangkiti selsema khinzir.Vaksin untuk influenza bermusim hanya memberi perlindungan yang separa terhadap virus selsema khinzir H3N2 and tidak terhadap virus H1N1.
Semoga Allah melindungi kita semua...

Tuesday, July 28, 2009

Petua Penjagaan Mata

PETUA PENJAGAAN MATA
(Hilangkan Lebam/Lingkaran Hitam Bawah Mata)

  • Ambil sebelah biji lemon, perah airnya dan sapukan perlahan-lahan pada bahagian yang kelihatan lebam. Namun berhati-hati jangan sampai masuk kedalam mata... Lakukan dua kali sehari, dalam beberapa hari, insyaallah, lebam akan hilang..

  • Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelum hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.

  • Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

  • Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

  • Letakkan hirisan timun, epal atau kentang di atas mata.

Monday, July 27, 2009

Sinetron Cinta Indah


My Fav Sinetron CINTA INDAH
Setiap ptg dr Isnin - Jumaat (kul 6 ptg) cite nielah yg aku tunggu di Astro Aruna. Musim pertama CINTA INDAH mmg best, tapi bile dh masuk musim kedua makin lm makin boring lak, tp still nak tengok sampai habis...sakit hati je bnyk musim kedua nie.. hari2 dok merungut bile nak habis cite nie..maklumlah tengok dr awal tahun, mcm terikat pulak setiap ptg msti ada depan tv.. but finally, cite nie tamat minggu lepas... tapi yg malangnya... ada CINTA INDAH 3 lakkkkk... alahaiii..bile nak habis cite nie da.... huhu..
Sadisnya CINTA INDAH nie, bilamana seorang adik terpaksa mengorbankan cintanya untuk kebahagiaan si abang..bila cinta hatinya berkahwin dengan abangnya, cinta si adik pada cinta hatinya itu tidak pernah padam, meskipun dia juga sudah berkahwin dgn orang lain..
- Rian, Indah, Roni -
MUNAJAT CINTA (The Rock feat Ahmad Dhani) Lagu Tema Drama CINTA INDAH

Saturday, July 25, 2009

♥ Happy Birthday Atuk & Cucu ♥

Glitter Text Generator
Glitter Text Generator

Keseronokkan Bekerja


Motivasi Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja Bhg 1 - The best home videos are here

Perilaku Berdasarkah Tarikh Lahir Islam

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR

Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.


REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Improve our skills!

Jom kite improve our skills..









I ♥ Bowling

BowliNg.. BowliNg.. BowLiNg.. yeah i luv BowLiNg..



sepanjang mggu nie sbuk ngn game.. 22hb aritu ada Piala Pengarah.. seronok gak sekali sekala ramai2 turun tunjuk skill..mcm2 aksi.. hehe.. aku turun mlm tu dgn tujuan peribadi, nak perbaiki score and top 3 high score, klu dpt pecah rekod peribadi lagi best.. tp tak kesampaian sbb game ketiga juz got 98 pasal dah penat n mengantuk..huah huah..
tapi..kekecewaan terubat pada 24hb, jadi wakil KPTM utk sukan IPTS Pantai Timur..Puas ati ngn score, hampir2 je nak pecah rekod peribadi..huhu..
"let's bowl.. let's bowl..let's rock n roll"

Thursday, July 23, 2009

RaiN


Oh my blog!!!

BloG lagi kiter..
wah...lame betol tak tulis blog..nie kire blog ke 3 yg dihasilkan..hehe.. bukan pe..blog pertama tu sbb dah BASI.. 2nd blog plak dh ditutup sbb bnyk yg dlm tu kisah yg dah TAMAT dan tak mau DIKENANG.. dah ada broadband nie, senang sikit nak berblog2 nie..hihi.. =)