Sunday, April 11, 2010

Hobiku..

:: Once Upon A Time ::

Sejak dari zaman sekolah lagi, aku memang suka menulis. Pernah la menang tempat pertama peraduan menulis esei anjuran RTM, tapi sampai sekarang pun tak dapat2 hadiah tu. (Sumbangan DBP). Huhu!! Pastu ada pulak peraduan mengulas lagu, pun kat radio, kalau menang dapat walkman. Masa sekolah, klu dapat walkman mmg kira paling best lah tu.. So, aku pun mempraktikkanlah 'aliran sastera'ku dlm peraduan tu. Tak menang pun, tp hasil ulasan aku untuk lagu Dalam Gerimis, DJ radio tu adalah baca... ok ah tu kannn! =D. Pastu cuba pulak masuk peraduan Sidek, menang saguhati je.... tu sume time sekolah!!!


Pastu habis sekolah, aku menganggur..berapa lama, malu nak bgtau..=D So, masa tu la aku dan abg Ngah aku menghabiskan masa buat peraduan, kat radio ke, tv ke, suratkhabar ke, semua join! Ntah luck apa ntah, banyak pulak yang kene!! Tp kebanyakannya hadiah saguhati je. Hadiah plak yang simple2.. Minyak wangilah, produk Ginvera la, kasut roda la, CD, wang tunai RM100, dan lain2 lagi..Ms tu mcm tunggu bulan jatuh ke riba je, bila la nak menang wang tunai RM100,00 nie? Wohoooo.... Ha, tang tu kitorg takde luck!! =(

Tapi, sejak berkerja, aku dah tinggalkan semua hobi2 aku tu. Malah aku jugak gagal menyaingi sahabatku MAZLIN ITHNIN yang telah berjaya 'mempublishkan' cerpennya di majalah Remaja. Hasil tulisan2 aku dulu sume aku perap je. Huhu!! Tapi, sejak aku terjumpa balik fail hijau aku yg menyimpan sume 'kejayaan' aku nie, aku jadi bersemangat pulak. Memburu hadiah impian akan aku teruskan.. cewah!!

Kepada sahabatku, MAZLIN ITHNIN itu, aku ada satu soalan;
" u dah bersara ke??? taknak mencerpenkan kisah hidup u skrg? " heheheehehhehe!!

Roti Telur ala Pizza Ayslanur

:: Roti Telur ala Pizza Ayslanur ::


Bahan2nya :
~ 4 keping roti (dipotong dadu - halus2 ye!)
~ 2 biji telur (dikacau2 sampai hancur, pastu jgn lupa bubuh garam sikit!)
~ Sedikit bawang (dihiris ikut sesuka hati, bnyk mana pun ikut sesedap rasa lah ye!)
~ Seketul sosej (potong nipis2 tau!)
~ Sedikit mayonis
~ Sedikit planta
~ Sedikit serbuk lada sulah/lada hitam (bagi menyengat sikit le!)

Cara membuatnya:
~ Masukkan roti yang telah dipotong halus (klu malas potong, siat2 je roti tu) pastu campurkannya dengan telur yang telah dikacau rata tadi... Masukkan sekali bawang yang telah dihiris. Kesemua bahan tadi gaulkan biar sebati tau, dan jgn lupa penyekkan sikit roti tu .. haha!

~ Lepas tu, panaskan kuali leper bersama2 dengan sedikit planta. Planta tu ratakan ke seluruh permukaan kuali tadi... baru mantap hasilnya nanti. Hehe!

~ Bila planta tu dah cair, masukkanlah roti yang kita dah gaulkan dgn telur tu ke dalam kuali. Kita ratakan roti tu dgn sudu atau apa2 je lah asalkan jgn dengan tangan ye.. Penyekkan sikit roti tu (asyik kene penyek je roti nie, kesian!!)

~ Pastu, kat atas roti tu, kita letakkan sosej yang dipotong nipis tadi dan taburkan sedikit serbuk lada.

~ Bila belah bawah dah masak, kita terbalikkanla pulak yg belah atas tu, tp jgn lupa bubuh sikit lagi planta... nanti melekat pulakkkk!!!!

~ Dah masak roti tu, bubuh la sedikit mayonis di atasnya, dan kalau nak sedap lagi, dah tentulah bubuh sos cili kan... baru best lorrr!

Bahan2 tadi untuk 2-3 orang makan bolehla.. Pastu boleh je nak letak bahan2 lain. Ikut kreativiti masing2 la.. tu yang paling basic je!!





Saturday, April 10, 2010

♪ Demi ♥ Setia ♪

:: Demi Cinta Setia ::
JunctioN


Alhamdulillah.. finally i completed my 1st video. Actually, video ni dibuat pd thn 2007 (bukan 2006 seperti yang dinyatakan dlm video..silap tu.. hehe!). Juz try nak create by my own idea, lebih2 lagi waktu tu aku baru saja 'habis' dgn someone! So, kiranya lagu tu 'bicara hati' aku la. Huhu! Cuma baru2 nie je aku dapat edit video tu dan completekannya. Kira ok la tu kan! =D







Friday, April 09, 2010

Senyum

Alangkah bestnya, kalau hidup kita sentiasa tersenyum macam budak nie..

t a p i..

"Bibir tersenyum, hati menangis, siapa yang tahu?"

Kesetiaan

:: Kesetiaan ::

Kesetiaan itu ibarat daun-daun yang sentiasa menemani si ranting. Tiba saat daun-daun itu pergi hanya apabila ia kering, maka gugurlah ia, jatuh ke tanah.

Honeydew


Honeydew - Dulu tak suka, sekarang suka bah!! =D

Honeydew.... dulu.... memangle, tak boleh nak masuk ke dalam tekak buah nie.. pelik je rasa.. bukan setakat buah nie je, air soya tu pun rasa nak termuntah klu minum..tapi tu dulu, very2 the dulu la..sekarang dah favourite ma!!! Mcm mn boleh suka? Sebab geram dgn warnanya yg putih gebu tu, aku try2 sampai lama2 jadi suka!! Hehe!! Sama gak la ngn sayur hijau! Try..try..try.. smpai jd fav! skrg klu mkn nasi takde sayur tak best lor!! Itu la aku....... ish! ish! macam2!!

Kisah aku dan Nasi Ayam

Nasi Ayam....... ummmmm... memang favourite aku!!!

Dulu.... hmmm... jgn harap le aku suka makan nasi ayam... bg aku dulu, nasi ayam tu makanan yang pelik.. tu dulu la... zaman 'kebodohan' aku.. (zaman sekolah le tu...).. tp nak jd cerita, ada satu mlm tu (pun ms zaman bebal), perut nie punyalah lapar. Tp, no choice, nasi ayam je yg ada.. (mak bawak balik dr rumah Auntie : bukan makcik tau, tp mak angkat). Nak taknak, mkn je la. Ish! ish.. ntah mcmana 'tersedap' la plak... sejak dr hr itu, terus SUKA!!!! Tahniah la kat Auntie aku tu sbb berjaya buat aku suka mkn nasi ayam!! Skrg, jgn ckp la.. bukan sj suka (malah mcm makanan wajib plak), masak pun terer tau!! Aku jamin la nasi ayam aku masak bestt!! Werrrkkkk... Geli mendengar pujian kepada diri sendiri! Hahaha!!

Friday, April 02, 2010

LIFE is..



Al-Fatihah : Din Beramboi

~ Al-Fatihah, Din Beramboi ~
2 April 2010Mula terhibur dengan arwah sejak beliau menjadi DJ THR sekitar tahun 96/97. Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al-fatihah.. Rest in peace, Din Beramboi!