Sunday, April 11, 2010

Hobiku..

:: Once Upon A Time ::

Sejak dari zaman sekolah lagi, aku memang suka menulis. Pernah la menang tempat pertama peraduan menulis esei anjuran RTM, tapi sampai sekarang pun tak dapat2 hadiah tu. (Sumbangan DBP). Huhu!! Pastu ada pulak peraduan mengulas lagu, pun kat radio, kalau menang dapat walkman. Masa sekolah, klu dapat walkman mmg kira paling best lah tu.. So, aku pun mempraktikkanlah 'aliran sastera'ku dlm peraduan tu. Tak menang pun, tp hasil ulasan aku untuk lagu Dalam Gerimis, DJ radio tu adalah baca... ok ah tu kannn! =D. Pastu cuba pulak masuk peraduan Sidek, menang saguhati je.... tu sume time sekolah!!!


Pastu habis sekolah, aku menganggur..berapa lama, malu nak bgtau..=D So, masa tu la aku dan abg Ngah aku menghabiskan masa buat peraduan, kat radio ke, tv ke, suratkhabar ke, semua join! Ntah luck apa ntah, banyak pulak yang kene!! Tp kebanyakannya hadiah saguhati je. Hadiah plak yang simple2.. Minyak wangilah, produk Ginvera la, kasut roda la, CD, wang tunai RM100, dan lain2 lagi..Ms tu mcm tunggu bulan jatuh ke riba je, bila la nak menang wang tunai RM100,00 nie? Wohoooo.... Ha, tang tu kitorg takde luck!! =(

Tapi, sejak berkerja, aku dah tinggalkan semua hobi2 aku tu. Malah aku jugak gagal menyaingi sahabatku MAZLIN ITHNIN yang telah berjaya 'mempublishkan' cerpennya di majalah Remaja. Hasil tulisan2 aku dulu sume aku perap je. Huhu!! Tapi, sejak aku terjumpa balik fail hijau aku yg menyimpan sume 'kejayaan' aku nie, aku jadi bersemangat pulak. Memburu hadiah impian akan aku teruskan.. cewah!!

Kepada sahabatku, MAZLIN ITHNIN itu, aku ada satu soalan;
" u dah bersara ke??? taknak mencerpenkan kisah hidup u skrg? " heheheehehhehe!!

3 comments:

malindci said...

terharu baca post u kali ni..hehe siap de nm I lak tu..2 kali cerpen di publish dlm Majalah Remaja cukup membanggakan I sbb hasil karya I bleh diterima oleh pihak auditor majalah..kirenya oklah tukan? Cuma novel tu, pernah cuba tp mgkin lum cukup strong tuk di bukukan. Salah satu sbb I beli laptop nak kembali menulis cam dlu tp wat setakat ni lum berkesempatan lg nmpknya. Semangat tu ada cuma lum dpt ditunaikan je. Untuk membukukan kisah hidup I? hem, mgkin pas I menamatkan zmn bjg nti tak mustahil akan I bukukan pencarian cinta I slama ni..huh, ayat cerpen dah kuar nmpknya nih...

♥ Ayslanur ♥ said...

2 cerpen? yg i tau satu je... u tak bgtau kat i nie.. hmmm.... i pun mcm dah nak start balik hobi terperap nie. jeles tengok u punya dah dipublishkan.. huhu!!!!

malindci said...

eh..1 je ke? rsnya 2..mgkn i hntr 2 kali tp skali je yg disiarkan agknya. teruskan usaha tu..i pun, nk kembali menulis.