Tuesday, November 14, 2006

Jazlynda Soraiya Dalam Kenangan



AL-FATIHAH : JAZLYNDA SORAIYA MOHD JAAFAR
(23/08/1980 - 29/08/2006)


Pada subuh yang hening, tanggal 30 Ogos 2006, aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada ibuku. Nada suaranya hiba, meminta aku bersabar mendengar berita yang ingin disampaikannya. "Lynn dah takde.." Seakan bermimpi, sukar untuk aku menerima berita yang begitu mengejutkan itu. Namun itulah hakikat, pada hari tersebut aku telah kehilangan seorang insan yang bergelar adik, sahabat dan sepupu bernama Jazlynda Soraiya. Kehilangannya akibat kemalangan jalanraya benar-benar mengejutkan dan sukar untuk dipercaya. Hiba melihat berita kematian dan wajahnya terpampang di muka depan Harian Metro. Pemergiannya merupakan kerinduan yang mendalam buat kaum keluarga, sahabat dan diri aku sendiri. Terlalu banyak kenangan pahit manis bersama arwah yang kini menjadi memori bahagia, yang tak mungkin akan aku lupakan selagi hayat masih ada. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan arwah di samping golongan orang yang beriman. Al-fatihah!
Takziah buat suami arwah, Ros Mazuan Noor yang mengalami cedera parah dalam kemalangan tersebut. Semoga cepat sembuh dan lebih tabah mengharungi hari-hari mendatang..