Tuesday, July 28, 2009

Petua Penjagaan Mata

PETUA PENJAGAAN MATA
(Hilangkan Lebam/Lingkaran Hitam Bawah Mata)

  • Ambil sebelah biji lemon, perah airnya dan sapukan perlahan-lahan pada bahagian yang kelihatan lebam. Namun berhati-hati jangan sampai masuk kedalam mata... Lakukan dua kali sehari, dalam beberapa hari, insyaallah, lebam akan hilang..

  • Ambil sedikit minyak sapi dan sapukan pada bawah mata perlahan-lahan bermula dari kanan ke kiri. Kemudian biarkan 10 hingga 15 minit. Lakukannya pada sebelah malam sebelum hendak tidur. Tetapi ingat, selepas tempoh itu, bersihkan semula muka anda kesan positif beberapa hari kemudian.

  • Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. lakukan beberapa kali.

  • Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

  • Letakkan hirisan timun, epal atau kentang di atas mata.

No comments: