Monday, February 11, 2013

Kuey Tiaw Kungfu Ayslanur

Ok.. Hari nie Ayslanur nak cerita pasal Kuey Tiaw Kungfu!!
My favourite... Oleh kerana dh jd fav, Ayslanur belajar masak sendiri. 
Well, nie la rupanya Kuey Tiaw Kungfu Ayslanur!! :)


Bahan2nya mudah sahaja. 

  • Mula2, kacau telur bersama sdkt garam (mcm buat telur dadar tu), bubuh dlm semangkuk kecil kuey tiaw (kasi kering ye) ke dalam telur dan gaulkan sehingga sebati.
  • Gorengkan sehingga garing.
  • Note : Kalau guna telur jenis kecik, boleh le pecahkan 2 biji telur atau agak2 la.. tengok le telur ngn kuey tiaw tu boleh 'ngam' atau tidak.. 


Ok, utk buat kuahnya pula ;

  • Tumiskan bawang putih dan cili padi (Kalau utk sepinggan, agak2 suka la nak masuk brp bnyk!!)
  • Masukkan sedikit air (jgn masuk bnyk sgt, kalau berkuah sangat pun tak best)
  • Masukkan potongan ayam, sedikit sos tiram, garam, sotong, udang, sayur-sayuran (cadangan carrot, jagung, kubis bunga dan sayur kailan), sedikit perahan lemon/limau nipis/oren sunquick (nk bg masam sikit je) and last sekali bubuh le sikit tepung jagung nak bagi kuah tu pekat..
Sekian, selamat mencuba!! :)


Outlined Text Generator at TextSpace.net

No comments: