Tuesday, February 12, 2013

Cheese Cake Ayslanur




I  Cheese Cake..

Oleh kerana terlalu suka mkn cheese cake, makanya Ayslanur tekad utk belajar dan buat sendiri. Mcm2 resepi yg Ayslanur jumpa di internet, tp at last, Ayslanur buat ikut suka hati je (sbb utama : bahan tak cukup).

Walaupun bahannya simple dan ikut suka hati, tapi rasanya...... perrgghhh!!! marvelous!! :)

Bahan-bahannya;

  • 20-22 keping biskut Marie (Blend kasi hancus!!)
  • Mentega (ambil separuh je dari 250g)

Mentega dicairkan dan digaulkan bersama2 dgn biskut Marie yg dah diblend. Bila dah padat, masukkan ke dalam loyang, tekan2 kasi mampat. Sejukkan dalam peti ais kejap.

  • 200g krim keju
  • 1/4 cawan air yogurt (pilihanku perisa Strawberry)
  • 4 sudu besar gula 
  • 4 sudu besar susu
  • 1/4 cawan air panas
  • 3 sudu besar gelatin halal
Pukul krim keju bersama2 dgn gula (Ayslanur blend je, alat memukul xde, nak pukul pakai tgn - malas!!). 
Masukkan air yogurt dan susu ke dalam krim keju. Gaulkan kasi ngam. Larutkan gelatin halal ke dalam air panas dan masukkan ke dalam krim keju tadi. Gaul lagi kasi ngam. Masukkan krim keju ke dalam loyang biskut Marie tadi dan sejukkan dalam peti ais selama lbh kurang 4-5 jam.

Cheese Cake Ayslanur siap!!

Dalam gambar, Ayslanur letak jem strawberry sikit nak bagi tambah rasa!!! Yummy.. memang best, sgt creamy!! Tp tak boleh makan selalu.. nanti dapat title 'G'.

Hehe!


Outlined Text Generator at TextSpace.net

No comments: