Saturday, January 09, 2010

RinDu

:: RiNDU ::

1. berkeinginan benar (akan, kpd), berkeinginan benar hendak berjumpa (hendak ke kampung dll): ia selalu ~ akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman;

2. = ~ dendam perasaan sangat cinta (akan), sangat berahi, menaruh cinta kasih (pd): sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih; ~ berahi menaruh cinta kasih; ~ rawan rindu dendam; merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu;

3. = merindukan; merindukan 1. sangat berkehendakkan dan mengharapkan (hendak berjumpa dll), sangat menginginkan (beroleh sesuatu): ia ~ anak-anaknya di kampung; manusia sentiasa ~ kemenangan, kebahagiaan, kesenangan, kemasyhuran, dan keuntungan; tidak ada tempat lain yg dirindukan mereka melainkan negeri ini; 2. menaruh rindu (pd), menaruh kasih pd: spt pungguk ~ bulan; kedua-dua mereka ~ satu sama lain; 3. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan ~ hati; rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang; kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan; perindu orang yg menanggung rindu.

Sumber drpd
http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=RINDU&Type=1


"DaN SeBeNarnYa aKu RiNDu"

1 comment:

mila said...

rindu kamu :)