Saturday, May 14, 2011

Kadang-kadang

"Kadang-kadang, kita tertanya-tanya.. kenapa kita jadi begini? Kenapa takdir itu untuk kita?
Kadang-kadang, kita kuat untuk hadapi semua ini.. Kadang-kadang tidak!!
Kadang-kadang kita berusaha, kadang-kadang kita putus asa..
dan hanya mampu berserah kepada Yang Maha Esa.
Tapi, semua ini buat kita berfikir..
Untuk apa, dan mengapa semua ini terjadi ke atas kita?
Alhamdulillah, Allah tidak henti menyedarkan kita.
Oleh kerana itu, tidak perlulah kita berasa simpati ke atas nasib malang seseorang itu.
Sebaliknya, cemburulah terhadapnya. Di sebalik nasib malang yang menimpa, tersimpan sejuta hikmah dan kebaikan yang bakal diperolehinya.
Sesungguhnya, aku bersyukur dengan apa yang aku lalui sekarang."

No comments: