Friday, September 02, 2011

Nasi Ayam Ayslanur

Menu hari ini :
Nasi
Ayam
Ayslanur






Untuk buat sup, mcm biasalah bahan2 asas, TETAPI, untuk Nasi Ayam Ayslanur ni, sebiji kentang bersaiz kecil (ikut suka la nak buat sup tu pekat tahap mana) dipotong dadu dan ditumbuk (lesung batu) serta digoreng bersama bahan2 asas tadi termasuklah kiub pati ayam.

Tambah sedikit air (sedikit shj), biarkan sup tu pekat sedikit dan baru lah masukkan ayam. Balik-balikkan ayam tu, tak perlu masak lama sgt, angkat dan toskan.
Lepas tu, baru lah tambah air banyak sikit utk settlekan sup ini......
Masak nasi guna sup yang telah dimasak tadi..
Mcm2 style org masak nasinya, ada yg bubuh mentega, ada yg bubuh kunyit sedikit, ikut suka laaa...

Selain dari masukkan sup, masukkan juga bahan2 asas utk sedapkan lagi nasi nie..

Sebelum ayam ni digoreng, perap ayam nie dengan campuran sos tiram, kicap manis dan kicap masin (rasa la dulu cukup ke masin manisnya.. hehe!)

Ayam nie bila dah siap digoreng isinya lembut gitu, sbb tadi kita rebus ayam nie sekejap je (tak perlu rebus terlalu masak sgt), pulak tu direbus time sup tu pekat dek kerana kentang kita tadi... jadi bayangkan je la kepekatan 'sup kentang' tu meresap ke segenap isi ayam tu.. perghhhh!!!

Sos lada Nasi Ayam Ayslanur nie diblendkan sekali dengan sebiji tomato (nak kasi pekat gitu) berserta dengan bahan2 asas yang lain. Ayslanur tak pakai cuka, tp guna limau nipis baru sedap. Kalau takde limau nipis, oren sunquist pun jadikkkkkk ...

Kicap Nasi Ayam Ayslanur, ambil sedikit sup kita tadi masakkan dengan sedikit sos tiram dan kicap manis.
Satu lagi tu, biasala bawang goreng, bubuh dalam sup.. baru sedap!!!

Last sekali, jgn lupa sediakan timun, salad dan tomato (mengikut kesukaan masing2 la).

Urrrbbbbbbbbb!!!! Kenyang tol arinie.. Makan Nasi Ayam Ayslanur!! Terbaeeekkkkk dari Ayslanur! ;)

No comments: